Sabtu, 13 Mei 2017

15 oktober 2014
hari ini  aku menemani suami mendapatkan rawatan susulan di klinik pakar hospital putrajaya.dia demam.batuk.sebelum ni dr hnaya bagi mc kat dia.
mcm biasa dr bertanyakan kenapa tidak meneruskan susulan di klinik neuro serdang .aku biarkan dia bercakap dengan dr.
olehkerana tekanan darah dia 238/108 dr bagikan ubat utk trunkan darah.disuruh berehat setengah jam selepas ambil darah.kemudian check lagi dan bagi ubat lagi.tekanan turun sedikit sahaja.selepas selesai.dia kata rasa mcm nak pitam ,aku biarkan dia berehat.kubawa makanan dan minuman .dia kata lega sikit.masa berlalu dah hamper jam 1.hampir 3 jam aku dikerusi tu.bila dia kata ok baru  kami beredar.katanya dia tak larat memandu.aku kata aku boleh.sebab aku rasa aku boleh.last dia minta kunci kereta mgan aku.nak bawa juga .hmm tak percaya kot ..

selepas balik dari hospital aku tau dia banyak berfikir bila dr sarankan dia teruskan rawatan buah pinggang kerana  buah pinggang nya dah tahap 4.kerana gangguan batuk dia tak leh tidur baring tapi hanya bersandar.aku sengaja lampu bilik air menyala kerana bila aku terjaga aku boleh Nampak dia.setiap mlm pernah dia tak tidur.mata terkebil kebil .aku pujuk dia kehospital.dia tak nak.aku minta bantuan adik sikin .aku minta lagi adikhelmi memujuk.dan akhirnya aku memujuk lagi.

hmm 15 hari dia tak sihat pun  gagah p kerja.aku sekerapnya menelefon bertanya khabar.gusar seorang isteri.perjalanan dari bangi ke kl .kl ke bangi.bila dah didepan mata Alhamdulillah .syukur padamu.

1 nov 2014

hari yang bermakna hari kelahiranku.tapi aku kerja hari itu ada acara larian "alpha run".sebagai jawatankuasa.pagi tu dia bangkit awal .diapun kerja membawa pro kealphabangi.selesai mjlis pro bertanya padaku kerana call abang  takdapat.lepas selesai semua aku balik rumah.abang dah ada katanya tak larat nak hantar pro.tiba-tiba katanya abang nak kehospital .tapi kereta tak ada tinggal kat opis tadi.aku cakap tak mengapa asalkan abang nak kehospital.akhirnya 5.30 ptg aku dah kat kecemasan .

hampir jam 1 kami dimasukkan kewad.lega aku bila akhirnya setelah berminggu dia dpt tidur lena.subuh2 aku dah balik.mandi dan dating semula kehospital,sampai je tengok dia dipasang tiup,dan kemudian dibawa utk membuat dyalisis
katanya tak seronok kali ni sambut besday aku sebab dia sakit .aku ckp tak pe .lain kali kita sambut lagi.hari hari  pun boleh dia tergelak.lega rasa hatiku..
Alhamdulillah..kubuka lagi blog ini ..sudah lama kutidak menjenguknye.bukan benci ..rindu tetap ada tapi kekanganmasa.

hari ini hari ibu...semoga ibuku pn eshah bt Abdul rahman dlam sentiasa dilindungi allah

pagi ni dia akan menjalani pembedahan mata.sekejap je kata dr,hrap matanya dpt melihat dgn lebih terang

maaf bonda sebab tidak dpt berada disisi.walau jauh disudut hati ingin melakukannya.suami ku tidak sihat kerana rawatan buah pinggang.lusa dia pula  operate mata kiri.

kutitipkan doa agar keduanya sentiasa sihat..