Isnin, 9 November 2009

legaa

tadi pagi aku merempit kespital..sape lagi sipawi le...dahla kad lawatan aku hilang..takpele ..buat kad baru...ari ni staff semua ok lak..mesra betul depa ni.tunggu no dipanggil baru aku rasa dup dap dup dap..yela mana tau masa tu la terbayang breast cancer..ya allah jauhkan lah aku..

aku cakap le nak jumpa dr rahman..terpaksa nunggu 2 pesakit lagi..takpe la..bila no dipanggil ,aku masuk je la..dr rahman boleh tanya aku ..akak datang sorang je ke? alamak ? semacam je dr ni ..pasal ape lak..ada berite buruk ke..? aduhai hati aku makin kencang..

pastu dia cakaap saya baru call makmal..akak tunggu jap.p la mana2 pun makan ke ,nanti saya call hset..aduh dr lagi resah..menunggu keputusan ni.... aku kuar la.sembang ngan makcik jap kat luar..dlm 5 minit nurse dah panggil nama aku

dr rahman kata nak periksa.aku kata ok lah.pastu dia cakap ikut keputusan ni alhamdulillah bukan cancer...
berkali aku tanya dia betul ke? aku cakap legaa...
walaupun gitu ,aku kena gak buat pemeriksaan lagi.3 bulan sekali,6 bulan sekali.takut la bende ni terjadi lagi...
alhamdulillah..

Ahad, 11 Oktober 2009

ribut

ptg jumaat aku dpt miscal adik aku.aku tepon balik.rupanya umah aku kat kg kena ribut.sian mak aku.dia duk sorang sorang je kat umah masa tu.adik ja keje.dyla p bandar..tak dapat aku bayangkan macamana dia masa tu..apatah lagi bumbung umah aku bnyak yg pecah dan tercabut.tapi alhamdulillah allah masih memeliharanya..

Rabu, 7 Oktober 2009

ya allah jauhkan lah kami dari musibahmu

semalam aku ada temujanji dgn dr..aku tumpang kenderaan jabatan yg mnghantar peserta kursus.lepas admbil no 1 jam menunggu.baru dipanggil.lpas daftar menunggu llagi satu jam..alahai...dahlah kaka tu sorang p marah nurse kat kaunter ada ke budak kerani tak key in nama akak tu .dahle mnunggu lama..terlupa...ish ish..aku pun tersngguk2.dalah aku tak sihat sakit kepala hanya tuhan saja yg tau

jam 1 15 barulah no aku dipanggil..dr rahman baik je ...katanya semasa mamogram ari tu tak dpt kesan.so aku buat ultrrasound.kata dr adala 2 ketulan tak pasti apa bende.
untuk pastikan katanya aku kena buat u/sound breast lagi untuk ambil tisu.takpalah aku bersedia..semuga tak ada apa yg blaku nanti..so 29 hb nanti aku p spital lagi la..report 10 nov ...hai lamanya nak tau keputusan...

Sabtu, 26 September 2009

27 hb hari ni aku dah mule keje..biasalah check out kursus kepolisan siri 2... tapi aku cuma nak bcerita kat sini pasal hariraya..
best tau... yelah pertama kali beraya sebagai isteri dan ibu...apatah lagi beraya kat kg aku...katanya best ..tak pernah dia rasa semeriah ini...aku tanya dia balik tahun depan camana.katanya kg aku lagi..suasana tu lain.kalau kat ipoh lepas sembahyang raya,rumah adik beradik dan jiran balik tidur...
kat kg lepas bermaafan dipagi raya kami kemasjid..balik dari sembhyang raya balik umah bersalaman dgn kluarga..yang ni best.mana yang tua didulukan yang best , anak2 buah berbaris menunggu sambil duduk mencangkung tunggu masa bersalam ..he he dlm syahdu ada kelakar..bestnya ....
lepas bersalaman kami menziarahi pusara arwah ayah..tatkala kaki melangkah meninggalkan pusaranya hati digamit sayu..airmata mula menitis....semuga allah mencucuri rahmat keatasnya

Khamis, 3 September 2009

kenangan september

hari ni dah 4hb...september dtg lagi...setiap kali dtgnya 1 sept mengingatkan aku pada arwah chek.bnyak kenangan bersamanya...hmm mulalah airmata ni ..laju je turun..semuga dia aman dan damai disana...alfatihah untuk mu....

1 sept bukan saja kenangan aku dan keluarga tapi kenangan suamiku juga.arwah isterinya aziah pergi pada tarikh keramat itu...semuga dia pun tenang disana..amin!!!

salam ramadan

alhamdulillah... sinar ramadan telah kembali..semuga kita sama2 mendapat keberkatannya..
sememangnya dah lama beno aku tak singgah diblog ni.....

akupun sibuk manjang..hari pertama puasa aku di ipoh .berbuka bersama adik beradik suami..riuh rendah.dlm kurang lebih 20 org..
biasala aku masak bubur lambuk terengganu mari,sambal udang dan ikan percik...sronok bila masakan aku dijamah semua...he he berbaloi walau hangit sikit he he

lepas buka pose aku balik kealpha bersama suami dan anak...satu hari kat alpha abg balik keipoh .tinggalla aku 2 branak....ni first time jadi ibu he he tapi takpa anak dah beso pun..cuma tanggungjawab aku mengajar dan memahamkan dia tentang agama.yang mana boleh yang mana tak boleh.maklumlah anak kami bukan sempurna.dia seorang oku.cacat pendengaran.dia sebenarnya dari kecil seorg yg hiperaktif..dan tidak boleh untuk berfikir macam kita semua.walaupun usianya dah 14 tahun pemikirannya belum matang..
alhamdulillah sepanjang bersama dia ,senang dibentuk..insyaalah aku akan cuba lagi..setidak2nya bila kami tiada nanti dia boleh menjaga diri sendir.

dan ramadan ini aku memohon padanya..berilah aku kekuatan untuk menjaga keluarga dan menjadi insan yang bertaqwa..amin!!

Selasa, 16 Jun 2009

tengahari ni abg balik ipoh.tumpang alex..exam dah selesai..alahai..cinta jarak jauh lak yee..sian dia.emosi terganggu lak..ye lah ada dgr khabar akan bertukar lagi ke melaka.baru je bertukar dari penang keipoh feb lalu...
aku cakap kat dia jgn fikirkan sgt..bukan apa bimbang darah tinggi dia naik balik..

Ahad, 14 Jun 2009

honeymoon lagi

ptg -ptg rabu..duk minum petang..tiba2 abg cakap jom p cameron.aik tiba2 je ni..katanya dekat je dari situ..aku cakap esok je la,lalu pagi khamis tu kami pegilah cameron..melawat sana sini baru check in rosa pasadena..ptg keluar lagi merayap.balik hotel keluar lagi malam.penat laa baru balik hotel.

lepas sarapan kami check out.p lawat ladang tea boh.lawat kilang tengok proses tea dibuat.penat dgn jem nya.takut gak..apatah lagi dgn kereta yg berselisih.kalau aku yg bawak rasanye tak bergerak kete tu...gayat bila pandang kiri..

sronok berjln tapi yg tak sronok nye aku terpaksa menyediakan plastik menympan muntah..wa tak tahan.tiap pagi muntah.mkn muntah.mkn banyak.dan berulang.kemudian muntah.abg kata tanda,aku cakap baru lagi..kadang2 malu gak pada anka sedara dia yg join sekali.nape makngah tanyanye..aku cakap la bau longkang busuk,bau masakan cina la.apa apa yg terfikir .janji alasan .pakngah nye sengih jela...

balik dari cmeron kami kefarmasi.abg kata kena test.beli je la.bila aku tunjuk kat dia.dia cakap ye..suspen betul..
mlmnye sakit pinggang yang amat.perut aku sebelah kanan mcm ditarik2 pada 2hingga 3 hari tu. apatah agi dgn jalankat cameron tu asyik melambung2 aje..
pagi tu lak aku sibuk masak .panggil adik beradik dia berkumpul.nak rasa masakan kakak ipar baru ni..buat je takat yg tau..ptg tu lepas semua balik...angkat bendela..ha ha ha

majlis diipoh




7 jun majlis diipoh.jam 7.30 pagi kami btolak dari bangi.sampai di alphine homestay kat sunway city.jam 1.30 kami bertolak ke rumah pengantin.he he dyla lak melatah.apatah lagi bila mereka memasang mercun .berkompang lak.meriah tul..makan memang sedap.adik ipar yg masak .sape nak tempah catering boleh..he he
malam lak potong kek sempena birthday asyraf yg ke 14.. seronok le depa yee.
terimakasih buat keluarga sebelah arwah isteri banyak membantu majlis ini.
kesian suamiku..letihnya dia...

Jumaat, 5 Jun 2009

honey moon

3 jun selepas kemas apa yg patut kami bertolak kegenting.bawak sekali asyraf dan kakak.dia org tak tau sebenarnya lokasi kita org.saja..menginap di first world hotel.oklah .semua berjalan lancar.penat ada lah.
4hb check out dan balik alpha.5hb jam 10 abang balik keipoh.aku akan menyusul nanti .kenduri disana 7 jun

31 mei 2009

majlis persandingan ..teruja sangat.alhamdullillah semua kawan2 lama berkumpul,malah ada yg aku hampir tidak mengenali..alhamdulillah...

kehidupan baru bermula







3o mei 2009
bermula lah hari baru dalam hidupku
hari ni aku bergelar isteri kepada saiful bahari
hmmm macam tak percaya .macam main pondok2 plak he he he

cuma disaat aku bergelar isteri,dan hari hari sebelumnya wajah chek centiasa dimata.kadang2 aku menangis mengenang dan merinduinya..apatah lagi disaat bahagia aku..dia tiada disisi..
malah disaat diakad nikahkan aku amat terasa dan bayangan chek berada dan tersenyum didepanku..aku kuatkan semangat dan hati..dan berjanji takkan menitiskan airmata...
alhamdullilah semuanya berakhir dengan selamat.

walaupun dugaan disaat hari bahagia itu amat banyak..
mana taknya pelamin hanya disiapkan 1 jam sebelum majlis akad nikah.sedangkan ikut perjanjian pelamin akan dipasang pada 26 hb.kemudian bertunda lagi...last ptg jam 2 baru pasang.geram betul..

sebelum tu kami dikejutkan dengan kereta rombongan lelaki accident...kereta remuk.farha 6 jahitan didahi,isteri wan tangan terseliuh,mak mertua sakit dibahagian rusuk.syukurlah suamiku tidak apa2.

pagi sebelum tu aku menziarahi kubur arwah.bacakan yasin dan memohon restu .alhamdulillah semuanya berjalan ok.terimakasih kepada semua keluarga ku.terutama dyla adikku yang banyak memainkan peranan sebelum semasa dan selepas..lyza ,kakak yg siapkan bunga telur,zie, bahari, abg min,abg li,ma,mek ,kak dah dan semuanya .terimakasih semua.semuga allah saja yang membalas kasih sayang mereka

Selasa, 12 Mei 2009

suprise lagi

hari ni pawi punye besday..pagi tadi kita buat derk je.ptg ni kene lah dia.tekejut badak..he he
sesekali sambut besday staf sronok.sronok bagi kita sronok depa buat keje.selamat ulang tahun yg ke ...????lupa nak tanya ...

semuga khidupan lebih bermakna

makin dekat ...

ya allah ya rabbi..ptg semalam abg lum balik keje.katanya hujan lebat.tggu ujan reda .redah ngan moto.abg kata kakinya bengkak berdenyut2.aku suruh dia pi klinik tak nak.takut btul kalau sebut spital.nak ubat kg katanya. dah tu tak tahan balik keje terus umah adik dia ,si syam..minta urut.sham cakap tak boleh.kaki kena gout.kena p klinik.dia tak nak .pastu tel adik ipar dia si edi.paksa p klinik.pun kena p hanatr spital

aku tunggu gak.mana dia tak call. dah 10 mlm aku cal .katanya kat wad kecemasan. dah tak tahan sakit.darah plak naik 220. ya ampi\un.dah la degil.dah seminggu dia kata pening.suruh p klinik tak nak.bila dr nak ambik darah terus darah naik.jam 3 pagi turun sikit,tpi kena tahan wad.
pagi tadi cal jam 7.katanya dah turun. tapi kena puasa lagi.nak ambik darah lagi.jam 9 dr ambik darah ,naik lagi.aku rasa dia ni takut dan degil.itulah kata adik nya si sham.bob pun cakap mcm tu.samalah kat penang.puas memujuk kespital.tgri tadi ok skit.ptg sat ni dia ckp tak trun lagi.dah puas tidur dah.alamak takkan nak terus trun .aku cakap la pelan2 la.
apa pun aku harap semua ok

Isnin, 27 April 2009

hi dah lama tak menulis..malas pun ada..apa ye..opp pejam selik hari kian hampir..tak lama lagi aku akan bergelar isteri sekaligus ibu...aduss macam tak percayalak...kekadang risau gak..bukan kerana tugas isteri tapi tabnggungjawab aku sebagai ibu... setakat ni alhamdullillah asraf dapt terima aku sebagai ibunya...aku takut dgn anggapan beribu tiri...dijauhkan allah.tak pernah aku menganggap dia anak tiri aku..kerana aku menerima saiful pun kerana asyraf...lupakanlah aku tak nak gelaran tu menjadi kudis dlm kehidupan kami.

berbalik pada persiapan ok dah rasanya.kad masih dikedai lum siap.cenderahati dah beli.pelamin dah tempah,lembu 2 ekor tumbang nanti,lauk sampingan ayam.kompang,kadi dyla uruskan,kad jemputan mak dyla dah siapkan .timakasih berpenat lelah, bunga telur adik ja dah uruskan .khemah dan sebgainya dah dibincangkan,apa lagi ye...yg penting cuti aku dah lulus...boleh aku uruskan lain lain nanti..

dalam pada tu ramai gak kekawan tak percaya bila dpt tau aku nak kawin..masing2 tel tanya..betul ke. .tipu ke..yelah dia tanya aku gelak2 sembang mengiya kan ... sebab dia org tau aku jarang bercakap pasal kawin.. dan bila mereka dah jelas.mereka doakan aku .alhamdulillah..
dan ada lak yg cadangkan kumpulkan kekawan lama kat majlis aku nanti...hehe macamna la nanti duk kat pelamin..aku ni segan skit dpan org....terpaksa la...tebalkan muka he he

Selasa, 31 Mac 2009

suprise...

hari ni kita org gelak sakan.mantop beb..apa taknya.hari ni besday zana.kami dah plan semalam.
malam tadi aku p beli kek.nani buat bihun .
si badar tengok kan zana.peranan dia kat bawah ...tunggu aku bagi lampu hijau.dah dekat jam 9 zana dah selesai jumpa en selamat.badar panggil katanya aku jatuh .
apa lagi zana dgn cemas nya berlari sambil selak kain belahnya.he he/
..aku apa lagi ambil tempat kat tangga sambil mengerang kesakitan.nani dalam bilik rawatan pegang kek.mai dan fauzi berdiri konon nak bantu aku..
zana bertanya kenapa jadi mcm ni ..aku cakap la aku nak pangil nani..dan nani pun keluar sambil yg lain fikri pawi badar mai nyanyikan lagu besday ..
ha ha zana terkejut beruk la dia...menangis dia..he he sronok sambut besday ni apa lagi buat suprise ...kemudian dtg group pstp dan staf habis la muka dia dgn cream coklat lak tu..
tengahari zana belanja kami kat kfc...hancus lagi aku punya diet dahlah semalam kfc dgn shekal and the gang...dgn jumpa baby lak semalam...

Isnin, 23 Mac 2009

alam baru


dah lama tak menulis disini..banyak keje skit. malm ni baru ada kesempatan.

semalam asraf dpt hp baru.abah dah belikan senang nak dihubungi.maklumlah dia bukan macam budak lain.istimewa sikit.
.pagi tadi hari pertama persekolahan selepas sebulan menunggu surat pertukaran sekolah.abah hantar ke sekolah baru sek men tasik.
hari pertama dan duduk asrama.bagaimana ya dia nanti.bolehke dia menguruskan diri.risau gak.
abah plak kena pi kursus hari ni..kelam kabut uruskan asyaf.jam 2 dia dah bertolak ke pulamed.jam 4 lebih dia cal dah sampai.tapi katanya cal asraf tak dpt.

aku cakap aku dah cal jam 2 tadi.asraf kata sronok.dpt kawan baru.ada kawan dari sek lama dari penang dulu.duk 4 org sebilik.ptg main bola.
yg srnok kata abah bila masuk kelas .cikgu perkenalkan dia.ramai kawan bertanya.terutama yg pompuan.boleh tahan gak anak bujang aku ni.

Isnin, 9 Mac 2009

majlis pertunangan




7 mac 2009 ...alhamdulillah..syukur kehadrat allah.dgn izin dan limpah kurnianya kami selamat melangsungkan pertunangan..semua nya berjalan lancar.tiada apa yg dapat kukatakan selain memanjat rasa syukur pada yg maha esa.dan keikhlasan dia menerima aku seadanya.dan insyaalah jika tiada halangan kami akan melangsungkan perkahwinan pada 31 mei 2009.



seronok melihat keluarga ku gembira.sesungguhnya setelah sekian lama mereka menanti dan kebahagiaan dan keseronokan mereka menerima ahli keluarga baru.alhamdulillah

Rabu, 18 Februari 2009

semakin dekat

pejam celik hari semakin dekat..risau gak... macamana nanti ya..macam2 aku pikir..
tapi saja buat relak..taknak stress
yg penting tidur cukup
dia dah lapur diri tempat baru..kat sana pun macam2 ragam dan peel..
aku sentiasa ingatkan dia..jaga diri ingat kami..

Ahad, 15 Februari 2009

aku ,dia dan kenangan

jumaat 13 kami keipoh..alahai kami pulak terawal sampai.takpalah jani ada org dtg bawa kunci..tidurlah aku kat sana sambil menantikan geng dia org sampai.4.00 pagi hooo baru sampai....
subuh aku bangun kan mereka utk solat..lepas tu sambung tidur lak...jam 10 pagi bangunkan .aku dan dia ke kuala,cari barang terus ke bukt mertajam..lepas tu p umah aku kat permatang pauh.jumpa imah jap terus balik ipoh.
sian lak kat dia..dahlah ngantuk,letih..aku minta dia berenti kat rehat tu ...baru sambung perjalanan balik...sampai je dah 8.00 mlm..budak2 tu baru balik dari lost world ..kelaparan .tapi takpa pandai lah dia org uruskan.lepas makan .bob kata dia org kena balik.bos dah suruh balik.tinggallah kami berempat..jam 11 mlm kami jumpa opah asyraf...hee tak dan nak masuk ..bercakap tak berenti...aku kurang faham..yele org perak katakan..jam 1 pagi balik tambun..tidur
pagi tu tlg dia kemas brg dapur sikit.tak banyakla..lain2 pesan je la .masa nak balik sian tengok asyraf...abahnya takpalah...sedih je ... wak cam mana ...ada mak pun jauh..he he

Khamis, 12 Februari 2009

badar dan uji bakat

7 feb 2009
pagi2 lagi badar dah sibuk..6.30 kami ke stadium bukit jalil...dia ni tak sabor nak uji bakat.memang dia ni berbakat..keluar kete je ramai yg mandang.yelah dressing dia dah lain .bakal artis katakan..he he
tapi yg tak tahan tu beratur..sekeja beratur ambil borang..lpas tu beratus ambil borang juri,beratur lagi ambil no..dan last sekali beratur tunggu masuk ujibakat..huu mereka ni lak ntah dari mana lak..yg kurang berbakatpun menyibuk je.tu yg ramai sangat..pakaian yg mcm tak bertelanjang pun ada..alamak ..dunia dunia..kalau aku yg jadi juri mereka ni belum sempat buka mulut aku dah angkat kad merah.penampilan out...
duk menunggu badar aku layan je tengok jimmy trek selebriti,jumpa si fida nona,dan macam2 ragam..yg menyanyi sambil menunggu giliran,lepak ,main muzik ..sronok gak.
jam 1 badar kluar.katanya setakat stage 3.tapi dia tersenarai dlm kiv..

12 fev 2009
badar tel.katanya astro ada cal ,minta standby 4 lagu.10 org terpilih dari kiv untuk uji bakat lagi..minggu depan kalau ada rezeki dia ada la.dapat la masuk af..kalau tak jadi penonton setia laa
...

Khamis, 5 Februari 2009

demam lak

hai demam lak aku ni..memang dah lama tak demanm .ape ke hel nye..dptlah mc 1 hari.. panas sejuk bersilih ganti,sekepa panas sekejap sejuk...la la aku baringje kat katil..agaknya selain acute tonsil yg membengkak,mungkin kerana perlawanan netball kot.tak sangka lak..bila badan ringan main pun tak de la semput mcm dulu...bagus jugak ye bila berat dah turun he he

Ahad, 25 Januari 2009

23hb mak dan adik2 sampai..ptg aku cal abg..dia org masik kat juru.jln jem.katanya tak payah masak.mungkin sampai lewat.yelah org nak bercuti sempena raya cina.jam12.30 tengah malam baru sampai..rehat dulula..

24hb..sarapan pagi kat umah.perkenalkan dia dengan keluarga..macam2 adik2 aku ni..aku cakap kami tak nak bersanding..depa merayu lak dgn abg,minta bersanding..mati akal.akhirnya kata sepakat..bersanding lah pulak...bincang bab baju,warna dansebagainya..semua puas hati..selesai.
lepas sarapan kami bertolak ke nilai.cari barang2 bob .aku dan abg tumpang sekaki.beli kain utk dipakai utk hai bahagia..masa akad nikah,bersanding,sambut menantu...lepas makan tengahari kami balik rumah,penat.tidur jap.lepas makan malam ke alamanda.main boling..ada peningkatan.he he
lepas tu karaoke...aku cuma dgr aje..tak ambik bahagian pun..janji anak kami suka..kita org happy..lepas karaoke pekena kue teow kungfu kat atas bukit tu ..balik tidur

25hb jan
4.15 pagi kejutkan abg p hantar dyla kat airport..nasib baik dia nak. balik sambung tidur.
lepas sarapan mak balik kg dgn adik2.
kami ke putrajaya ..ronda2.kemudian ke cruise tasik...pusing2.bersama pelancong dari iran kami berempat je dari mysia,ok apa..kemudian ke alamanda lagi,makan kfc pilihan asyraf..lepas dah kenyang shopping sakan kat parkson,dan lain2 .cari barang sikit.persediaan utk kahwin .terserempak dgn anak saudara arwah isterinya..berkenalan jap.balik tidur.letih.
sampai aku terlupa yg aku hangat kan gulai.apa lagi..nasib baik abg call .terjaga .kalau tak entah apa yg jadi,satu periuk hangus.aku ajak makan malam kat luar je.lepas makan jumpa adik2 jap kat umah ..dia org balik ke ipoh.

aku rasa lega.keluarga aku boleh terima dia dan anak..nampak keserasian itu.harap berpanjangan..banyak kenangan aku dan dia ..banyak yg dibincangkan bersama..barang2 nanti belikan lagi..nampaknya dari majlis kecil dah jadi besar...janji keluarga bahagia

Khamis, 22 Januari 2009

hari ni 23hb.kejap lagi mak dan adik2 sampai.malam nanti dia lak sampai.aku nak perkenalkan dia dgn keluargaku ..harap2 dia tak lah jadi pendiam lagi..he he
21 hb dia dtg..hati berbunga riang..bos dia bagi can..ronda2 jap. tengok barang2 dan cincin.tengok aje...dan mkn2.
22hb.sarapan bersama nya dan bodyguard ...banyak hal kami bualkan..
jam 3 dia balik penang

Khamis, 15 Januari 2009

tambah keluarga

dah lama tak menulis...hmm apa ya...opss pasal tu ya..semua keluarga sibuk sekarang.semalam dapat anak sedara baru anak lelaki pada adik lelaki aku..belum tau lagi nama apa..ok lah taklama lagi dapat keluarga baru lak.pakej..bagus gak...keluarga semua dah tak sabar...
sabar je..tak lama..

Rabu, 7 Januari 2009

cut-cuti malaysia

taman buaya melaka 28 dec 2009

di lostworld tambun 3 jan 2009




teluk kemang 27dec 2008














tiara beach resort pd-28 dec 2008




















Khamis, 1 Januari 2009

ahli keluarga baru..!??











semalam csha masuk bilik aku.katanya nak tengok gambar.nak kasi ibu tengok..aku cakap tak boleh.dia cakap boleh la che de..please dgn mimik muka sekali..haru betul..




aii budak ni bijak betul .ada je taktik dia merayu rayu lak tu.tu yang tak tahan.bila aku cakap minggu depan dia cakap minggu depan csha pindah..csha ...csha..

kerana csha ni gambar nya...tu pun nasib baik ada .



itupun kalau ada jodoh




.kalau mengiring ada la imbas pak dolah kita
alhamdulillah..hari ni mood aku ok..batuk pun dah ok sikit,kadang2 bila sorang2 terfikirlah jugak.
ye la selama ni dah banyak aku tolak mereka yang datang kerana ada yg minta aku berenti keje bila kawin .dan lain2.bagi aku keluarga keutamaan aku.yang lain tak perlu.takpa la tak yah kawin pun takpa.
selama ni aku fikirkan adik2 ,anak2 sedara,kerana aku tak mau mereka dihimpit rasa susah sebagaimana aku dulu.kalau dulu terpaksa ikat perut untuk mendapatkan sesuatu,aku tau kalau aku minta mmang mak dan che sediakan ,tapi sejak darjah 6 aku cari duit tambahan sendiri.kerana aku sendiri pernah didenda oleh cikgu berdiri didepan kelas kerana aku dan sorang kawan tak dapat menyediakan yuran periksa.masa tu lak ayah aku accident.ah kenangan lama.adik2 dah keje.anak sedara pun dah keje .ok la mereka boleh bantu sikit2 bila keluarga kami terhimpit lagi kan.

rasanya sekarang aku rasa ,tiba masa untuk aku fikir tentang diri aku lak.mungkin ini ditakdirkan untuk aku..