Khamis, 6 Mac 2014

bulan oh bulan

dipondok kecil berlantai papan beratap nipah adalah syurga kami.berkumpul dan bercerita hanya diterangi pelita mintak tanah.emak sibuk menganyam tikar mengkuang.kadang-kadang diselang hilaian tawa bila ayah melatah..

ayah sibuk membuat kelongsong kuih pasung..ayah agak cerewet ..sebab tu dia suka buat sendiri.memang kami akui ..sejujurnya dia maukan bila menyediakan juadah untuk dijual cara pembuatan sebersih-bersihnya.

aku suka berdiri ditepi tingkap.menunggu bulan penuh.cantik..bila ye kita dapat kesana ?rasa macam nak kait je bulan tu.. aku masih ingat waktu kecil bila ayah melayan telatah kami.ayah ambik sebesen air.katanya tak payah ambik galah.tu bulan pegangla..bila jemari menyusup keair..bulan hilang.mengekek ketawa.dan berebut dengan adik lelaki ku untuk menyetuh bayangan bulan bila air kembali tenang.

pernah satu ketika ,bila aku bermain memasak dgn anak jiranku Idah,tiba tiba dtg kakanya ana mengambil ranting kayu yg berbalut plastik dan masih membara .mungkin dia tak terjangkau yg kayu itu mengena pipiku.pedihnya terasa.aku menangis dan mengadu pada mak .tak nak kawan dgn ana lagi.tapi pada malam itu malam mengambang.tiba-tiba bulan muncul mencelah.menyimbah sinarnya.cepat ku panggil ana .cepat bulan dah datang.dan bila asyik memandang bulan tiba-tiba tersedar yg kami bergaduh pada siangnya.lalu berkata org tak panggil dia nape dtg.mak yang mendengar berkata bulan marah kalau kita bergaduh.nanti dia tak nak datang lagi..dan aku ,ana dan idah tersenyum sambil bercerita pasal bulan...lupa pada sengketa ..tapi kesan dari itu sampai sekarang kalau diamati betul-betul parut dipipi maih ada..hmm indah.

Rabu, 5 Mac 2014

Seketika ..sedang melabuhkan diri disofa pagi itu.aku membelek helaian hari semalam.indah.! Satu perkataan tiba- tiba terpancul dan tergolek sekuntum senyum..
'kau tau tak..rambut kau ni lebat dan hitam .macam rambut tok siti kau...kata ayah Engku.aku cuma senyum.aku tak pernah kenal siapa tu tok siti.dan menyambung suapan tepung laksa yang dibakar.

begitulah setiap pagi sabtu.rutin harian aku sebagai anak.berkumpul dibangsal laksa kepunyaan maklong aku.sambil melihat mak yang menumbuk tepung untuk dibulatkan dan dimasukan kedalam kebok laksa seterusnya diletakkan diatas tempat ditengah kawah yang mengelegak.dan dipusing menggunakan pengandar .berebut kami menarik laksa yang turun.sekali dijerkah sekali kami lari,tapi aku seronok.walaupun masih anak anak kami diajar bagaimana peritnya mencari sesuap nasi.
paling seronok bila laksa tadi dibasuh beberapa kali sebelum dilingkar kedalam bakul.sedap..apatah lagi bila ayah engku menarik daun pasang  dan membuat kelongsong dan meletakan laksa tadi kedalam.berlari anak kami sambil mengunyah he he he manis nya ...tapi paling best kalau dimakan dengan kuah lemak.hmm meletop.

Selasa, 4 Mac 2014

catatan itu  kubuka ..ku ulang membaca.tiba part sedih airmata bergenang..alhamdulillah..kini adik ku semua dah berkeluarga .dah tambah pulak kehadiran anak -anak penyeri kehidupan.chsa dah dapat adik si ian dan ali,abg amir ada amna dan ammar,husna ,maher ,man? oo man dah bongsu he he he tapi man dapat anak sedara ..muaz..aku jadi nenek he he
ramai dah ye.opps terlupa dayat ada  ct..alhamdulillah.kalau la arwah chek masih ada tentu riuh rendah melayan cucu dan cicitnya..alfatihah untukmu.semoga tenang disana..
tiba-tiba hp ku berbunyi..terserlah gambar bondaku tersenyum riang..aku terus mengangkat dan memberi salam..oo suara adik bongsu ku rupanya..

dia membawa khabar gembira.pertukarannya diluluskan.gembira sangat .berturutan kegembiraan sebelumnya diatelah mendapat kunci rumah baru mereka dikemaman.dan pertukaran pun gak dikemaman.takpela..suaminya pun kerja disana.
cuma dia sedih nak berpisah dengan bonda tersayang..mak memang tak nak kemana-mana.nak duduk dirumah pusakan kami.tapi tak taulah kalau adik aku ni dapat memujuk dia ikut serta.
walau apapun kemana kita pergi jgn sesekali lupakan ibu.





hmm tahniah buat suami tersayang kerana mendapat anugerah khidmat cemerlang kali ke 4.syabas

Sabtu, 1 Mac 2014

apc di kdn

hmm apa ya..oobaru-baru ni nama aku disenaraikan wajib menghadiri majlis anugerah khidmat cemerlang..(APC)...Ops bukan aku yg dapat .kawan kawan seopis.apapun tahniah utk mereka.kepada mereka yg blum,insyallah akan ada gak utk kalian.hanya masa menentukan ..
aku ? oo aku pernah menerimanya suatu waktu dahulu..
kepada kengkawan jgn lupa..jgn kerana tdak terpilih  atau tersenarai kita kecewa.kita kembali padi diri kita.layakkah aku ..? setimpalkah kerja aku? kemudian bla bla bla
yg pasti jalnkan tanggungjawab kita .sebaik mungkin.kalau dpat apc alhamdulillah bonus utk kita.
ops kembali pada cerita tadi.dalam ramai 2 penerima tu aku tersentuh pada seorang hamba allah ni .nama lupa lak.tapi dari jabatn rela.aku rasa mak dia kot duduk dkerusi selang 1 baris dgn aku.

selepas menerima sijil penghargaan beliau dtg menghampiri makcik tadi dan menyerahkan sijil itu kepada nya.dan mencium tangan ibu tua itu,.bergenang airmataku terharu...kutengok wajah lelaki itu...hatiku berkata kata bertuah ibu itu mempunyai anak yg sebaik itu....apapun tahniah ...

Sabtu, 22 Februari 2014

gym oo gym

hmm dah agak lama blog ini tidak ku jengah.kesibukan mungkin ..atau tiada apa yang nak ku kongsikan..hmm

semlam ptg aku dan yana dah mula kwan dgn gym..he he sesekali apa salahnya,mungkin kekerapan akan menjadi rutin.walau pun pada mula nya hanya setengah jam tapi hari ni jam 730 -8.30 wow lama gak la.alhamdulillah bdn agak rasa ringan,tidur lena semalam kot..

dah tua -tua begini senaman ringan bolehla.yg pasti kita kempiskan perut
gambar...ooo nanti kuselitkan nanti.