Isnin, 29 Mac 2010

penatnye

aduhaii...lega rasenya dapat balik umah...he he dah lama tak p kursus....dah lama tak tidur khemah.belasah je..yg penting bilik air nya sempurnalaa. dan bersih

aku tak sangka lak tmpatnye sejauh itu.kem sg anak dara...bila turun 80 anak tangga.huh rase nak tercabut lutut.

dan dan lak ade org kenai aku..huh sapa lak mamat ni...mcm pernah tengok..ops jurulatih rupanya tn wan solo...masa makn tengahari tu dia tanyala masih duk kat trg ke..aku kata dah duk bangi..begitu begini aku tanyala mana kenal..dia cakap dulu kat pulau redang ...lama dulu 2003 ooo patutle kurang ingat.tapi ingat2 lupa..rupenya ..

yg paling jeles bila semua kekawan buat river crossing dan rappeling.aku tengok je la...geramnye..nak buat nanti air btukar warna.dah la time kemuncak...geramnyeeeeee

Ahad, 21 Mac 2010

aduhai..

ha ha
entahlah apa yg fikirkan
bila adik ku ma mesej semasa aku dlm perjalanan balik ke bangi dari kg baru aku tersedar yg aku salah memakai kasut .sebelah kanan aku punya,sebelah kiri kakak ku punya..

aku cakap kat anak sedara aku,lepas ni yana yg turun beli ke apa ke.che de tak ada kasut lain.
masa berenti kat R & R .alamat nak buang air la pulak.la aku pakai selipar anak aku asyraf.he he besor ke besor le .janji lepaskan hajat dulu..he he

legaanya....

17hb kami merancang utk balik kg ku dlm jam 7.tpi sayang suami ku terpaksa bekerja lebih masa.peg yg bermesyuarat kat putrajaya habis lambat.jam 11 lebih.lepas hantar peg balik ke ibu pej.dia lak terpaksa hantar peg keseremban.jam 3.15 baru samapi umah.kesian lak dia. jam 8 18 hb baru kami gerak balik kg.

19 hb ..majlis berlangsung dgn meriah.tak sangka lak seramai itu yg dtg.ketika selepas acara menyarung cincin,airmata tak leh tahan.. terus menitis..aku terbayang arwah chek.alangkah sukanya dia bila adik bongsu ku ini meraikan hari bahagianya..tapi apa nak buat.allah lebih meyayangi arwah.


alhamdulillah majlis berlangsung dgn meriah.dan aku rasa lega kerana keluarga bakal adik iparku itu alhamdulillah ,aku rasa mereka dapat menerima dan menjaga adikku sebagaimana kami..

getir

tengahari itu ..tiba2 abg call..suaranye agak cemas..ayang ..tolong abg..aku tanya kenapa? aku terfikir yg bukan2 maklumle tugas dia sentiasa dijalanraya tu...tolong katanya..badan abg dah lemah..tak tau nak buat ape...aku suruh dia bertenang walaupun hatiku berdegup kencang

kemudian dia cakap putus2 ..ya allah aku rasa mcm tak percaya apa yg aku dengar..
lepas dia letak tel.aku berfikir..aku cal dia .jom kita balik ipoh.aku ambik cuti kecemasan.
begitu juga dia .

jam 3 kami bertolak balik.6.30 kami sampai.en zainal dah tunggu.kami berjumpa dan berbincang mcmna nak hadapi semua.alhamdulillah en zainal sekeluarga boleh bertolak ansur.mereka semua buntu.

balik rumah aku tak tau la nak cakap apa.kesian suami ku.dia jadi bingung dengan apa yag berlaku.begitu juga aku.aku rasa ,aku perlu kuat.kerana suamiku bukan nya sihat.aku takut darah dia naik mcm hari tu.semalaman kami tak leh tidur..

sabtu pagi,kami bergegas ke sg siput.tiba2 en zainal call.katanya tak jadi.kami patah balik.tiba2 aku tukar fikiran.kami kerumah en zainal.selepas berbincang.en zainal juga mengajak kami makan tengahari dirumah nya .masakan kg..aku terharu dengan layanan dia.

isnin kami terpaksa ambil mc.kami sepakat dgn en zainal berjumpa disatu tempat.berbincang dan mendengar sendiri apa yang berlaku.nauzibillah..ya allah apalah ujianmu ini untuk menduga kesabaran kami..yaallah.kami reda dgn apa yang berlaku.aku sendiri sentiasa berzikir ,mengawal diri dari perassan marah,...yaallah amat berat dugaanmu kepada kami...

entahla..kami buntu...selepas berbincang .kami mendapat keyakinan.dan bersedia menghadapi semua keadaan.semuga allah memberikan kekuatan kepada kami.kemudian kami kekelinik.dr kata darah tinggi aku naik..mungkin kerana berfikir banyak perkara agaknya..alhamdulillah semua ok la skit.bolehla aku balik kekg untuk majlis pertunangan adik bongsu ku...kalau tak mungkin kami tak dpt balik bersama meraikan majlis itu..

kepada suamiku .aku minta dia bersabar dengan dugaan yg menimpa.ada hikmah disebalik itu.kesian dia.

malam itu,dia termenung.aku katakan jgn memendam apa yg dia rasa..bahuku ada utk bersama merasa apa yg dia rasa..dan dia menangis dan merintih ...aku katakan lepaskan apa yg terbuku.biar sebak didada hilang...aku katakan allah menguji dia ..sebagai hamba kita kena reda...
alhamdulillah sekarang aku tengok dia dah boleh tersenyum macam biasa...

Isnin, 1 Mac 2010

sebuah kehidupan

adik call , katanya ada org nak dtg merisik ..lepas asar jumaat.aku cakap ok la..
mlm tu masa tengah makan mlm aku cal adik.bertanya apa yng blaku ..semua brjalan lancar.dan majlis tunang akan dlangsungkan pada 19 mac...

kmudian aku sembangla dgn adik aku dyla la...aku tanyalah pasal plamin dan sbgainya...katanya adik kata tak nak dan tak de duit...hati aku sayu...lpas cakap dgn dia abg tanya kenapa.aku citer la.aku tahan rasa sayu itu.dan akhirnya aku menangis...suami ku tertanya2.

sebenarnya aku sedih kerana masa aku beritau suamiku pasal majlis itu aku ternampak bayangan arwah ayah....dan disaat aku membuat catatan ni airmata masih lagi tertumpah..aku tau kalau arwah ada tentu dia gembira apatah lagi lyza memang rapat dgn arwah..kalau la che ada tentu majlis itu lebih meriah...aku tau lyza adalah seorang adik yg seadanya...disudut hatinya menginginkan sesuatu seperti org lain tapi menerima seadanya apa yg kami ada.

suami ku bertanya selepas tangisku reda..aku kata aku tak mampu nak bagi lebih seperti mana yg kuinginkan .hanya sekadar yg aku mampu.dia kata takpa kita bantu setakat yg boleh...aku nak dia rasa sentiasa bahagia...seperti keluarga ku yg lain...

tak lama kmudian kakak ku cal plak.katanya pasal adik lelaki aku lak...bercerita pasal apa yg berlaku.ma bergenang airmata bercerita pada dia...lpas cal..aku menangis lagi...semahunya.abg dtg dan aku menangis didadanya...kataku aku tak mampu nak menolong sebab tu aku menangis..
kataku padanya..selama ni pun sebelum kawn pun kalau aku tak mampu nak menolong aku akan menangis..tapi bukan didepan dia org .kekadang aku menangis sambil mandi...supaya tak ketara..

aku bersyukur suami ku pun tak pernah menghalang aku ,membantu keluargaku selagi kami termampu...

dan semalam aku kebank .lega rasanya.duit dah masuk.aku terus bank in .dan mesej kat lyza..bila aku baca mesej dia .aku mengalir airmata lagi...

kekadang aku takut ..adakah firdaus ,bakal adik ipar ku akan dapat menjaga dan memberikan kebahagian kepada lyza...seperti kami yang sentiasa menyayanginya...semoga allah melindungi dia dan merahmati kehidupannya nanti.amin..