Khamis, 3 September 2009

salam ramadan

alhamdulillah... sinar ramadan telah kembali..semuga kita sama2 mendapat keberkatannya..
sememangnya dah lama beno aku tak singgah diblog ni.....

akupun sibuk manjang..hari pertama puasa aku di ipoh .berbuka bersama adik beradik suami..riuh rendah.dlm kurang lebih 20 org..
biasala aku masak bubur lambuk terengganu mari,sambal udang dan ikan percik...sronok bila masakan aku dijamah semua...he he berbaloi walau hangit sikit he he

lepas buka pose aku balik kealpha bersama suami dan anak...satu hari kat alpha abg balik keipoh .tinggalla aku 2 branak....ni first time jadi ibu he he tapi takpa anak dah beso pun..cuma tanggungjawab aku mengajar dan memahamkan dia tentang agama.yang mana boleh yang mana tak boleh.maklumlah anak kami bukan sempurna.dia seorang oku.cacat pendengaran.dia sebenarnya dari kecil seorg yg hiperaktif..dan tidak boleh untuk berfikir macam kita semua.walaupun usianya dah 14 tahun pemikirannya belum matang..
alhamdulillah sepanjang bersama dia ,senang dibentuk..insyaalah aku akan cuba lagi..setidak2nya bila kami tiada nanti dia boleh menjaga diri sendir.

dan ramadan ini aku memohon padanya..berilah aku kekuatan untuk menjaga keluarga dan menjadi insan yang bertaqwa..amin!!

Tiada ulasan: