Khamis, 30 Mei 2013

ulangtahun perkahwinan

 sempena ulangtahun perkahwinan kita yg ke 4 ini, isterimu ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas kesabaranmu, kasih sayangmu dan segala-galanya selama ini. Semoga ianya berkekalan selagi hayat dikandung badan.... Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati perkahwinan kita.

 suamiku,

 Isterimu ini belum lagi sempurna buatmu seperti Saidatina Khadijah, .Belum punya kesabaran yang tinggi dalam menghadapi suka duka alam perkahwinan. Lantaran itu, kata-kata yang mengguris perasaan yang kadangkala terluah dek tak tertahan dugaan yang datang menjengah. Ampunkanlah isterimu ini wahai suamiku. Kerana gentar juga diri ini andai tak tercium bau syurga. 

 Ya Allah, Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro.

 Ya Allah,Andai semua itu tak layak bagi kami,cukupkanlah permohonan kami dengan redha-Mu,Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,Saling menjaga kehormatan dikala jauh,Saling menghibur dikala duka,Saling mengingatkan dikala bahagia,Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

 Ya Allah, Sempurnakanlah kebahagiaan kami.Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu.Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

 Ya Allah…Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

 Ya Allah…Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

 Ya Allah…Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jadikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…

— .

Isnin, 31 Disember 2012

alhamdulillah.terimakasih ya allah.kerana izinmu kami masih dapat bernafas dibumi mu ini.syukur ya allah.semoga kehidupan kami sentiasa dlm lindungan mu ya allah.

hmm selamat tinggal 2012.bnyak kenangan pahit manis .semuanya mnjadi pedoman.

..sambut tahun  baru sorang2 dpn tv..he he my darling on the way dari kedah lu sampai umah lagi.anak kat dataran ikut tambor buat persembahan

kenapa la tv tak menayangkan yg lebih baik.ni hiburan jee
tak berapa jam lagi berakhir 2012.pelbagai warna ,pahit manis kita lalui.
apapun bukan halangan utk terus maju.
jgn toleh kebelakang lagi..
alhamdulillah hampir 90% tercapai.
yg sikit lagi tu insyaalah diteruskan.
semoga 2013 memberi sinar baru dalam hidup kami baik kerjaya atau kehidupan.

Sabtu, 8 September 2012

hai ..lama tak jumpe kat sini ye..harap semuanye sihat2..jom jalan2 cari mkn..opss makan jgn sebarang mkn.nanti silap makan gout dtg...

Khamis, 4 Ogos 2011

hari ni 4 hari kita berpuasa.dah 3 hari aku demam selsema.aduyai..bila demam je aku teringat arwah chek menjaga aku bilaaku demam.aku bercerita pada abg..dulu arwah berkata yah kalau demam senyap je..tapi dila siap memanggil2.tengah bercerita tiba2 mesej zie sampai.

katanya adik ja hantar keluhan hatinya .yelah tak lama lagi majlis kawin nye..katanya saat ini kalau arwah chek ada tentu dialah paling sibuk uruskan apa2 tanpa nantikan org lain..airmataku terus laju je..

aku harap masa hari besarnye aku tidak menitiskan airmata lagi,seperti mana pada hari tunangnya.aku ni mudah je tersentuh.yelah dia adik bongsu kami.kalau boleh aku maukan yg terbaik dan terindah utk dia.apa lagi disaat kebahagiaan kami,tentunya kami maukan yg tersayang dalam hidup kami berada disisi.

tapi apakan daya
allah lebih menyayanginya.
tambah plak menjelang hari bahagia jatuh hari kematian arwah
.ya allah kau ampunilah dosa-dosa ayahku dan
tempatlah dia disisi org2 yang beriman.
al fatihah....

Khamis, 5 Mei 2011

mc oh mc

hari ni dpt mc 2 hari...tadi p spital.dua kali dr ambil sample.26hb baru dpt result.takut gak..tapi kali ni dr yg ambik sample buat tak de la sesakit kali pertama dulu.kejap je jam 8 pagi masuk dlm 30 min siap.

dpt mc ..apa nak buat...jam 3 aku naik kerumah.belum tu lepak je kat opis dan p mkn kat maharaja sup.lepas solat tidur sat.

bangun mkn bubur labu best...

Selasa, 3 Mei 2011

aduhai...

hmm apa ye..dah lama tak masuk sini.tadi meeting lagi...meeting dan meeting ..biasala..

dua tiga hari i aku tak berapa sihat.sakit pinggang mnjalar kepunggung.serba tak kena.duduk sakit..nak bangun sakit.telentang mengiring apatah lagi..sempatla p mengurut dgn mak zana.
alhmadullillah..lega la sikit.esoknye keje bukannya nak duk diam.kehulu hilir kejap tunduk kejap berdiri ..maklumlah tanggungjawab kan...bagi selesaikan tugas..alih2 mlm tadi sakit dtg balik...

belum reda sakit ..kejap tadi masa nak mula meeting,dr johari hospital putrajaya call..esok jam 8.00 pagi kena kehospital.buat pembedahan /prosedur ultrasound guided breast biopsy..
aduhai..takut pun ada..harap2 ianya bukan cancer