Khamis, 20 November 2008

cinta kenangan silam....

bila cakap pasal kemiskinan teringat aku masa dulu-dulu.
dilahirkan dan dibesarkan dalam kesusahan..mngajar kita erti kesabaran dan beringat
walau pun miskin kami cukup kaya dengan kasih sayang

masih aku ingat zaman sekolah rendah..tika darjah 2.
stokin yang longgar diikat dgn getah,kasut koyak,beg sekolah yang jenis kotak ikat dgn tali kerana kuncinya dah tak boleh tutup.
nasiblah rumah aku sebelah sekolah.

dikg rasanya rumah akulah yg last sekali mendapatkan bekalan letrik tupun dlm akhir thun 1980 kot.
rumah atap nipah satu bilik...situlah ruang tamu. disitulah bilik tidur kami berlapan .
membantu ibu menganyam tikar,menjahit atap nipah,membuat kuih akak,mengambil upah mengisar beras,menanam tembakau,membuat satar ,mencabut semaian padi,mengambil upah dgn arwah mak long membuat laksa ...
aaah banyak kenangan itu.mengajar aku banyak perkara.
menghargai semuanya.peritnya mendapatkan duit.

masa sebelum sekolah dalam usia 6 tahun,aku selalu duduk tepi pagar sekolah.melihat pelajar dan guru sekolah yg keluar masuk.aku tertarik dengan seorang cikgu ,
bila org tanya besar nanti nak jadi apa? aku cakap nak jadi cikgu faridah (kalau tak silap nama cikgu tu faridah).aku suka dia.kenapa ye..? dia cantik.kalau pakai baju merah,kasut ,hbag dan payungnya mesti merah..tu yg aku suka.zaman anak-anak .. dah berlalu..
banyak lagi kenangan dan kenakalan aku.nanti kucoretkan .......bestnya jadi kanak2!!!

1 ulasan:

SofieSofika berkata...

Amboi k.yah..sama aktif dgn si adiknye di ruang siber.. ;)