Ahad, 28 Disember 2008

ya atau tidak? ya..

11 dec.. malam


sedang sibuk cucuk daging sate dan balut ketupat pulut..

aku menerima satu panggilan.mulanya kuanggap panggilan biasa.dari en mat nor.

katanya saja bertanya khabar aku..kemudian dia cuba merisik tanya apakah aku sudah ada teman...macam biasa je la aku cakap kawan -kawan ramai. teman tapi mesra takda..
pastu dia mula la cakap..ada seseorang mahu mengenali aku dengan lebih dekat.bila aku bertanya siapa ? katanya aku memang kenal dia. orgnya pendiam.katanya aku pun baru jumpa dia pada awal dec.malah bersama ronda2 kat kelantan masa mbj...

tercari2 aku siapa.kerana yg meronda ,ku je pompuan .yg lain nya lelaki.

tiba2 terpancul nama 'S' katanya betullah tu...tak sangka lak aku.angin tidak ribut pun tidak..aku cakapla ok la kawan dulu.tapi dlm hati berkata macamana ya kalau kawan bertukar ......



14hb.. balik ke alpha dari kg.

aku lihat ada miscal dari en matnor.aku penat sangat.aku biarkan dulu .aku tau apa yg dia nak tanya.he he


15hb...aku tel.en matnor.memang betul jangkaan aku..aku kata s belum telepon aku.kalau dia cal baru boleh bagi keputusan


18hb..panggilan pertama s
katanya berdebar2 nak cal aku.segan pun ada..aku jawab je .biasalah .katanya dia nak kawan ngan aku boleh ke.aku jawab ok je,pastu katanya satgi dia cal lain.sebab masatu dia tengah tunggu pengarah.


aku cal imah.tanyakan pendapat dia.pastu tn zul/man.semuanya kata ok.mereka kata sepanjang bertugas dgn dia dan mengenali dia memang x da masalah.


jam 10 dia cal lagi..kali ni aku bertanya mengapa aku tiba-tiba terselit nama aku.katanya dia pun tak tau .cuma masa dikelantan tiba2 hatinya berkata2.jiwang jugak dia ye..banyak juga aku tanya..

selepas itu boleh katakan tiap hari samada cal atau sms aku terima..aku tanya dia betul2 ke bersedia nak kawin lagi.katanyan memang dah bersedia .dia tanya aku balik..aku cakap sat.ada 2 ,3 perkara perlu aku tau..dia kata dia bagi masa aku kenal dia dan anak..



25hb krismas..
katanya dia nak balik ipoh ,uruskan rumah yang baru dibeli.katanya arwah tak sempat duduk.aku cakap la aku ada family day kat pd.


26hb ,,katanya otw ke ipoh.saja sembang2.


27hb...jam 12.00 tghari

katanya dah ada kat pd,sampai jam 2 pagi.biar betul dia ni...pagi tu dia melawat kat muzium tentera.pastu dia tunggu kat kete kotla bas alpha lalu.aku cakap kami pegi ngan knderaan sendiri.pastu cakap nak ambil aku makan .berhentilah aku kat pantai .badar ngan fikri p makan kat pantai.aku ajak shida temankan..kami makan kat medan selera kg baru ke apa ntah ..

lepas mkan dia hantar kami check in kat tiara,badar ngan fikri bawa kete aku.mamat 2 org n tak tau aku kuar ngan sapa.lepas check in aku ni tau je lah ..dapat bantal memang nak tidur je tapi kesian lak.dia dah tunggu kat bawah.aku p la kat teluk kemang


pantai teluk kemang..
asraf panggil aku mak.kesian budak tu..dia main layang2 dgn bob.aku dan s bersembang.banyak yg dia tanya aku.aku jawab je la.pastu aku kata kat dia,aku ni sopan tidak santun pun tidak,panas baran,mulut kadang2 pokpet2,masak tak pandai,banyak kekurangan aku.dia cakap dia dah kenal aku camana.dan bersedia terima aku seadanya.

siap tanya nak kawin cepat atau lambat.nak kenduri besar ke macam mawi.aku kata kalau besar satu malaysia kena panggil..dia plak bertanya kan adat istiadat atau cara kami ditrg...ala biasaje..very simple.takpayah nak bebankan benda yg remeh temeh.kalau aku akad nikah je dah cukup.kalau nak buat kenduri kalah mawi..he he

asraf..

masa mula naik kereta aku duk sebelah anak dia.pastu bila aku tanya samada masih ingat aku tak.anak kata dia masih ingat.cuma lupa dimana.sempat lagi anak dia candid aku dgn abahnya..nakal
aku tanya bolehke aku dan abah nya berkawan ? katanya boleh,bila abahnya tanya boleh tak abah kawin dgn aku dia cakap boleh.dan anak nya dah siap panggil aku mak...aduhai...
dari segi penerimaan anak lulus



28hb..
jam 12 dia ada kat hotel .nak ajak kluar lagi.dah pakat dgn bob berlakon jap .semua satf tak tau kecuali shida.he he..anak dia dtg .."ala mak buat apa duk sini ,abah dah tunggu kat kete..alamak !!!budak budak mana dia tau...yg dia tau bila suka dia kata suka tak suka dia kata tak suka .terus terang.

kami ke melaka..saja jln jln .2 buah kete...jam 6 baru bertolak balik.singgah makan jap..alhamdulillah yg lain tak tau lakonan kami.he he


10 mlm aku dah lelap.bila terjaga jam 1 aku lihat ada miscal.aku tepon sembang jap.aku ckp terus lena.dia beritau dah sampai ipoh.dah jumpa adik dia.nanti dia sembang lain...


aku tak sangka dia ni,memang pendiam.tapi kesungguhan dia.dari penang nak ke ipoh tapi bila tau aku ada di pd dia terus kat pd.cuti katanya sampai 5hb..dari segi kesungguhan lulus


29hb..

katanya asyraf bangun tidor berulang kali tengok gambar2 tu.kemudian pasang kat tv.lepas tanya abahnya "bila mak nak datang ipoh.abah bawaklah sini.dia cakap mak tak dapat cuti."kesian la pulak
.selamat menyambut maal hijrah.semuga kebahagian dan keredaan allah milik bersama


30hb..bincang adik beradik dia
...ntahlah aku pun belum tau nak jawab apa .ya atau tidak???



31hb..persetujuan adik beradiksebulat suara-lulus

tadi petang aku tanya kan pasal tu.katanya adik bradik dia sebulat suara setuju.katanya nak percepatkan.alamak..!!dan adik pompuan dia ajak kesana untuk berkenalan.pastu dia tanya ku nak bersanding ka(tak nak) nak berinaika (taknak-pakai je yg tak sampai 1/2 jam tu)nak bertunangka atau bertunang pagi tu pastu akad nikah.(aku cakap yg mudah aje)pastu dia tanya hantaran kat trg (no komen tak tau.aku kata 30 ribu..ha ha dia gelak.kalah mawi nanti.)aku cakap kononla.akad nikah dah .kenduri kemudian.baru boleh layan tetamu.buat yg wajib je dulu.yg sunat sunat kemudian .


1hb 2009 era baru tahun baru,selamat tahun baru....

dia tanya bila aku boleh jumpa adik2 dia.tadi aku cakap kat dia kalau jadi 3 hb baru aku kesana.insyaalah kalau jadi.. tapi caman lak.kena atur strategi lagi.ajak badar ,.bolehlah katanya.aku ajak mai teman kan.aku britau bdar kita pi lost world tambun.ada kenduru (jamuan mkn je adik dia),bdr kat beres

3hb ke ipoh

pagi 6.45 tolak lebih kurang.sampai sana kami follow kete dia.tapi sibdr masih tak cam kete dia.dia ikut je.sampai la kat kg tersusun batu 6,dah depan rumah masa s bagi isyarat suruh masuk pakining baru dia tengok dan tkejut apatah lagi masa tu bob keluar.apa lagi kene debuk lah aku kat dia.tapi dia masih tak tahu yg aku dan s ada hubungan..

tengahari kerumah adik nya..idah.anak 5 org.pas basuh pinggan aku tgok ada lagi smpai.adik bongsu lelaki lak satu kluarga,sembang jap,kemudian dlm jam 4 kot kami ke lostworld.dekat je depan jln masuk umah dia.alamak aku lak lupa bawa pakain mandi.basahkanlah je jeans aku.jam 6.30 kami naik.dan balik umah.jam 9 tunggu adik dia lelaki yg bujang lagi dtg .kami ke pakson parade.main boling .alamak aku dipaksanya main.isss tidaaaak...nak tak nak main lah gak.

pastu main pi makan .pekena nasi goreng bomoh.dan nasi goreng keramat..memang terkena kami.he he .lepas makan kami ke gerbang malam.ala jualan mcm kat chowkit tu..tengok je la .beli tak.balik umah sembang jap.kemudian tidur

4hb balik ke alpha.dan dia bersiap utk balik ke penang.


Tiada ulasan: