Rabu, 31 Disember 2008

magic vines

inilah satu kegemaran aku.tambahkalau aku sedang berfikir,ada problem ka..nak hilangkan stress ka.
ni pun pasal S pun aku berfikir dan fikir..
caranya games nilah

selamat tahun baru

selamat tahun baru semuga kehidupan lebih bermakna.aman damai...apa daa konon nak merasa kemeriahan menyambut tahun baru..keluarlah kita org berempat,pawi,mai,ros.
p makan dulu kat atas bukit tu.pekena nasi goreng kerabu,kue tew kungfu..
kemudian nak p lepak kat dataran p.jaya..tapi jem.kami tersadailah kat jambatan wawasan..he he ngantuk lah plak...
tunggu punya tunggu sakit mata lihat aksi anak muda berpeluk2 sakan kat tepi jambatan..yg lain2 semua duk tepi kete..kita org je dalam kete..
aku asyik duk mengira detik...eh jam aku dah pukul 12.awat tak bunyi apa2...ayoooo tak da apa apa sambutan pun .ramai yg kecewa....kami balik aje la.


ni sebelum balik tau, kat tiara beach resort

tuuungguuuuu...

semalam aku balik keje zie bisik kat csha.pastu csha senyum tanya.mana gambar anak pakwe.aku cakap takda

tadi pun csha tanya lagi.aku tunjukla..
lewat petang si dyla lak bertanya.katanya tak sabar nak tau.aku cakap no komen.katanya takkan nak buat sidang akhbar lak..he he
tunggu je lah kalau jadi aku citer .
sabor ye..
kalau ada jodoh.. ada.
kalau tak ,tak adala.
tunggu dan lihat..
masih ada satu lagi benda yg belum selesai.dah selesai satu ni belah dia ..dan kira lulus oraitlahhh

kalau jadi kau org kena sponsorlaa yee
he he

Selasa, 30 Disember 2008

dgn asyraf



ni nak jadi kawan csha...

aii csha dah pandai buka blog che de ye...

Ahad, 28 Disember 2008

ya atau tidak? ya..

11 dec.. malam


sedang sibuk cucuk daging sate dan balut ketupat pulut..

aku menerima satu panggilan.mulanya kuanggap panggilan biasa.dari en mat nor.

katanya saja bertanya khabar aku..kemudian dia cuba merisik tanya apakah aku sudah ada teman...macam biasa je la aku cakap kawan -kawan ramai. teman tapi mesra takda..
pastu dia mula la cakap..ada seseorang mahu mengenali aku dengan lebih dekat.bila aku bertanya siapa ? katanya aku memang kenal dia. orgnya pendiam.katanya aku pun baru jumpa dia pada awal dec.malah bersama ronda2 kat kelantan masa mbj...

tercari2 aku siapa.kerana yg meronda ,ku je pompuan .yg lain nya lelaki.

tiba2 terpancul nama 'S' katanya betullah tu...tak sangka lak aku.angin tidak ribut pun tidak..aku cakapla ok la kawan dulu.tapi dlm hati berkata macamana ya kalau kawan bertukar ......



14hb.. balik ke alpha dari kg.

aku lihat ada miscal dari en matnor.aku penat sangat.aku biarkan dulu .aku tau apa yg dia nak tanya.he he


15hb...aku tel.en matnor.memang betul jangkaan aku..aku kata s belum telepon aku.kalau dia cal baru boleh bagi keputusan


18hb..panggilan pertama s
katanya berdebar2 nak cal aku.segan pun ada..aku jawab je .biasalah .katanya dia nak kawan ngan aku boleh ke.aku jawab ok je,pastu katanya satgi dia cal lain.sebab masatu dia tengah tunggu pengarah.


aku cal imah.tanyakan pendapat dia.pastu tn zul/man.semuanya kata ok.mereka kata sepanjang bertugas dgn dia dan mengenali dia memang x da masalah.


jam 10 dia cal lagi..kali ni aku bertanya mengapa aku tiba-tiba terselit nama aku.katanya dia pun tak tau .cuma masa dikelantan tiba2 hatinya berkata2.jiwang jugak dia ye..banyak juga aku tanya..

selepas itu boleh katakan tiap hari samada cal atau sms aku terima..aku tanya dia betul2 ke bersedia nak kawin lagi.katanyan memang dah bersedia .dia tanya aku balik..aku cakap sat.ada 2 ,3 perkara perlu aku tau..dia kata dia bagi masa aku kenal dia dan anak..



25hb krismas..
katanya dia nak balik ipoh ,uruskan rumah yang baru dibeli.katanya arwah tak sempat duduk.aku cakap la aku ada family day kat pd.


26hb ,,katanya otw ke ipoh.saja sembang2.


27hb...jam 12.00 tghari

katanya dah ada kat pd,sampai jam 2 pagi.biar betul dia ni...pagi tu dia melawat kat muzium tentera.pastu dia tunggu kat kete kotla bas alpha lalu.aku cakap kami pegi ngan knderaan sendiri.pastu cakap nak ambil aku makan .berhentilah aku kat pantai .badar ngan fikri p makan kat pantai.aku ajak shida temankan..kami makan kat medan selera kg baru ke apa ntah ..

lepas mkan dia hantar kami check in kat tiara,badar ngan fikri bawa kete aku.mamat 2 org n tak tau aku kuar ngan sapa.lepas check in aku ni tau je lah ..dapat bantal memang nak tidur je tapi kesian lak.dia dah tunggu kat bawah.aku p la kat teluk kemang


pantai teluk kemang..
asraf panggil aku mak.kesian budak tu..dia main layang2 dgn bob.aku dan s bersembang.banyak yg dia tanya aku.aku jawab je la.pastu aku kata kat dia,aku ni sopan tidak santun pun tidak,panas baran,mulut kadang2 pokpet2,masak tak pandai,banyak kekurangan aku.dia cakap dia dah kenal aku camana.dan bersedia terima aku seadanya.

siap tanya nak kawin cepat atau lambat.nak kenduri besar ke macam mawi.aku kata kalau besar satu malaysia kena panggil..dia plak bertanya kan adat istiadat atau cara kami ditrg...ala biasaje..very simple.takpayah nak bebankan benda yg remeh temeh.kalau aku akad nikah je dah cukup.kalau nak buat kenduri kalah mawi..he he

asraf..

masa mula naik kereta aku duk sebelah anak dia.pastu bila aku tanya samada masih ingat aku tak.anak kata dia masih ingat.cuma lupa dimana.sempat lagi anak dia candid aku dgn abahnya..nakal
aku tanya bolehke aku dan abah nya berkawan ? katanya boleh,bila abahnya tanya boleh tak abah kawin dgn aku dia cakap boleh.dan anak nya dah siap panggil aku mak...aduhai...
dari segi penerimaan anak lulus



28hb..
jam 12 dia ada kat hotel .nak ajak kluar lagi.dah pakat dgn bob berlakon jap .semua satf tak tau kecuali shida.he he..anak dia dtg .."ala mak buat apa duk sini ,abah dah tunggu kat kete..alamak !!!budak budak mana dia tau...yg dia tau bila suka dia kata suka tak suka dia kata tak suka .terus terang.

kami ke melaka..saja jln jln .2 buah kete...jam 6 baru bertolak balik.singgah makan jap..alhamdulillah yg lain tak tau lakonan kami.he he


10 mlm aku dah lelap.bila terjaga jam 1 aku lihat ada miscal.aku tepon sembang jap.aku ckp terus lena.dia beritau dah sampai ipoh.dah jumpa adik dia.nanti dia sembang lain...


aku tak sangka dia ni,memang pendiam.tapi kesungguhan dia.dari penang nak ke ipoh tapi bila tau aku ada di pd dia terus kat pd.cuti katanya sampai 5hb..dari segi kesungguhan lulus


29hb..

katanya asyraf bangun tidor berulang kali tengok gambar2 tu.kemudian pasang kat tv.lepas tanya abahnya "bila mak nak datang ipoh.abah bawaklah sini.dia cakap mak tak dapat cuti."kesian la pulak
.selamat menyambut maal hijrah.semuga kebahagian dan keredaan allah milik bersama


30hb..bincang adik beradik dia
...ntahlah aku pun belum tau nak jawab apa .ya atau tidak???



31hb..persetujuan adik beradiksebulat suara-lulus

tadi petang aku tanya kan pasal tu.katanya adik bradik dia sebulat suara setuju.katanya nak percepatkan.alamak..!!dan adik pompuan dia ajak kesana untuk berkenalan.pastu dia tanya ku nak bersanding ka(tak nak) nak berinaika (taknak-pakai je yg tak sampai 1/2 jam tu)nak bertunangka atau bertunang pagi tu pastu akad nikah.(aku cakap yg mudah aje)pastu dia tanya hantaran kat trg (no komen tak tau.aku kata 30 ribu..ha ha dia gelak.kalah mawi nanti.)aku cakap kononla.akad nikah dah .kenduri kemudian.baru boleh layan tetamu.buat yg wajib je dulu.yg sunat sunat kemudian .


1hb 2009 era baru tahun baru,selamat tahun baru....

dia tanya bila aku boleh jumpa adik2 dia.tadi aku cakap kat dia kalau jadi 3 hb baru aku kesana.insyaalah kalau jadi.. tapi caman lak.kena atur strategi lagi.ajak badar ,.bolehlah katanya.aku ajak mai teman kan.aku britau bdar kita pi lost world tambun.ada kenduru (jamuan mkn je adik dia),bdr kat beres

3hb ke ipoh

pagi 6.45 tolak lebih kurang.sampai sana kami follow kete dia.tapi sibdr masih tak cam kete dia.dia ikut je.sampai la kat kg tersusun batu 6,dah depan rumah masa s bagi isyarat suruh masuk pakining baru dia tengok dan tkejut apatah lagi masa tu bob keluar.apa lagi kene debuk lah aku kat dia.tapi dia masih tak tahu yg aku dan s ada hubungan..

tengahari kerumah adik nya..idah.anak 5 org.pas basuh pinggan aku tgok ada lagi smpai.adik bongsu lelaki lak satu kluarga,sembang jap,kemudian dlm jam 4 kot kami ke lostworld.dekat je depan jln masuk umah dia.alamak aku lak lupa bawa pakain mandi.basahkanlah je jeans aku.jam 6.30 kami naik.dan balik umah.jam 9 tunggu adik dia lelaki yg bujang lagi dtg .kami ke pakson parade.main boling .alamak aku dipaksanya main.isss tidaaaak...nak tak nak main lah gak.

pastu main pi makan .pekena nasi goreng bomoh.dan nasi goreng keramat..memang terkena kami.he he .lepas makan kami ke gerbang malam.ala jualan mcm kat chowkit tu..tengok je la .beli tak.balik umah sembang jap.kemudian tidur

4hb balik ke alpha.dan dia bersiap utk balik ke penang.


Sabtu, 27 Disember 2008


Aku otw blik dari pantai pd.kluar dgn s dan
Anak dia dan sorg kwnnya.sembang2la skit.dia tanya pasal adat ditrg.aku ckap biasa je.dia tanya kalau aku.aku ckp le aku simple dah.tak pyah grand.pastu tanya lagi nak buat cpat atau lmbat.katanya dlm sthun.tnang dulu.la aku ckap aku lum ckap ya lagi.anak dia siap ambik gmbar curi lagi.he he ntah la.nanti aku fikir lagi

Jumaat, 26 Disember 2008

dan kulihat ...
rama rama itu mula terbang beriringan
teman berteman
sejurus gerimis beredar
dan pelangi menebarkan warnanya

Khamis, 25 Disember 2008

rerama itu

rama-rama itu..
terbang..warnanya bertebaran cantik..

rama rama itu
kulihat hinggap diujung ranting..
kemudian terbang lagi
dan hinggap dibahu

sb-23662(1-6)

Rabu, 24 Disember 2008

kelakar giler...


weh malam tadi p la tengok wayang citer histeria..kelakar giler... bukan cerita yg kelakar tapi kawan aku ni..ishh malu betul...dah la masa iklan dia melatah ..bila keluar yg suspen sikit mulalah latah dia menjadi jadi..satu panggung tu ketawakan dia ..hilang seram nya..


sebeum tu kita org lepak kat boling jap..sempat posing he he

Isnin, 22 Disember 2008


semalam dia telepon,kami bersembang..layan je la...dalam pada tu aku cuba gak bertanya kenapa terselit aku disudut hatinya
katanya dia pun tak tau..cuma ketika mbj digrand river view tempohari,
semasa kat pengkalan kubur tiba-tiba je terdetik..
aku tanya dia kenapa tak menyatakan sendiri dulu
katanya dia segan pada kekawan yang bersama dengan nya,
patutlah dis senyap je bila aku rancak sembang dengan yang lain.kemudian bila nak ke pasar khadijah entah mana dia bawa..bila nizam tanya nak kemana..da jawab ala ronda-ronda tengok kawasan...
bila balik kehotel.kami bertiga.nizam duk ditgkt 5 kemudian aku dan dia ketngkt 6,bila aku tanya dia duk bilik mana.dia cakap sebelah bilik aku je..ooo berjiran rupanya
dia tanya aku gak.adake sesapa tau yg dia cuba rapat dgn aku.bila ditanya kenapa katanya kawan serumah dah mula menghidu.katanya sejak 2 menjak ni semacam je bergayut..ha ha
entahlah...aku taknak peningkan kepala aku...

Khamis, 18 Disember 2008

ngantuk...


apa da ngantuk sangat.tapi nak wak camana.sapa suruh merayap malam malam.alahai bukan apa.saja anak buah boring duk umah.ajak la p alamanda.dah sampai lewat.lepak kat boling.ramai lak org.
p la kat pawagam.nak tgok histeria.dah penuh.tengok jela cicakman 2.
alahai tak best .best lagi cicakman 1.
dahlah kluar jam 1.30 .menapak lak ketingkat 7.dahlah gelap.penat tul.kete aku je kat atas tu..

mlm tadi dia telepon lagi.tapi satje la .aku cakap ada kat boling.tak berapa clear suara nya.
takpalah .biarlah dia call.kalau dia pandai buka hati aku.try laa
aku ni cepat bosan..kalau tak kena gaya.

Rabu, 17 Disember 2008

ari ni cuti.saja rehat kat umah.mak pun ada.tapi biasalah
mata rasa nak lelap je.he he

Selasa, 16 Disember 2008

suara itu..???

tadi sambil baring dan sembang2 tiba ada cal.sapala plak.rasa cam pernah kenal..opps rupanya dia.
sembang jap.line tak clear.dia cakap nak cal sat lagi.

aku bertanya pada kekawan rapat dgn nya dulu..masing2 kata ok.memag tak dpt cari keburukan dia..
tiba2 cal dia masuk lak...sembang sat.aku etrus terang tanya.tak terlalu awal ke bagi dia..dan bla bla bla

dia cakap kawan dulu cari keserasian.dia terima seadanya nanti..aku jawab insyaalah.
aku rasa bukan apa.aku dah serasi dengan kehidupan aku sekarang.tak sakit kepala memikionye.entah mcmana aku terselit dihatinya..dahlah aku brutal je dgn semua.pakai redah tak kira.semua kawan.tak terpikir satu hari nanti aku dgn dia...aaah

terimakasih zul/loq membantu saat ini.kalian memang rapat dan lebih mengenali.dan aku sendiri seperti kalian.tidak dpt mencari keburukan dia.semua tau dia pendiam.tak banyak cakap/tak pandai merapu..cuma sebelum dia bertukar dari pulamed pernah dia berpesan jaga diri dan berhati2..

Ahad, 14 Disember 2008

fening

tadi pagi cm telefon lagi.bertanya.apa keputusan aku.susah betul.ibarat menarik rambut dlm tepung.tak selerak.aku cakap bagi masa.
bagi aku begini pun ok. semua dah ada

Jumaat, 12 Disember 2008


Bgaimana ya..susah gak buat kputusan.smjn ada kwn lama merisik kabar.btanyakan pasal aku.sjujurnya memang aku masih sndiri.rupanya kwn dia tu staf lama aku.kmatian isteri.nama arwahpun sama dgn aku.memang dia baik.tak bnyak cakap.tpi entahka..:-S

kenduri sakan


Sronok kumpul kluarga.tpi kureng skit.zie skluarga blik awal.hari ni buat sate.nasi hmpit.ktupat.rendang dan srunding.meriah btul

Isnin, 8 Disember 2008

Sop gearbox along


Wow sdapnya pekena sop along.alhamdulilah slepas sekian lama tak menikmati dging.hari ni aku dpt merasai dging goreng kunyit dan sop.tapi tak la bnyak...mgkin daging korban ..boleh mkn

Ibadah korban


Seekor lembu dtumbangkan dlm menunaikan ibadah korban.semuga diterima allah.

Ahad, 7 Disember 2008

Terperangkap.


Smlm dlm pjlanan blik dri bangi ke trg.kereta kami dah tak boleh lalu kat bukit besi.terpaksa patah balik ke jln ketengah jaya.

Dikejauhan itu


Tika senja berlabuh.gerimis mula menampar lembut pipi.tersedar lamunan dan hilang sebuah angan.tika berpaling kulihat engkau berpimpin tangan berlalu dan aku disini hanya sekadar mampu melihat

Selasa, 2 Disember 2008

cerita ceritu

tadi dekat jam 5 si mamat ni tel.ada kat sg petani.balik kg..lawak betul la..ada ke patut dia beritau kat dato dia suka kat aku..dato' kata pi la mengurat.ha ha ha
la ish biar betul...

si mas af tu plak tertinggal sun glass plak.nasib baik ada.tunggu mas call dtg ambik je.

esok aku kekelantan.banjir tu. tu risau.
tapi pakwe tu p juga sana.mesy.he he jumpa lagi dia
sekadar jumpa je la.. tengok jelah